top of page

LENCANA SEKOLAH

 

Lencana SMK Taman Sutera berbentuk sebuah perisai dengan tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau.

 

RASIONAL LOGO

 

BENTUK:

Logo berbentuk perisai yang melambangkan satu perjuangan menuntut ilmu pengetahuan dan pendidikan

 

LAMBANG:

  • Obor : Melambangkan semangat yang gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan

  • Buku : Melambangkan ilmu yang menjadi teras pembangunan diri setiap insan. Buku terbuka bermaksud di samping pelajar menimba ilmu, mereka diharapkan dapat dibentuk supaya bersikap lebih terbuka dan mempunyai pemikiran yang luas.

  • MSC : Multimedia Super Corridor melambangkan penekanan kepada Sains, Teknologi dan ICT.

 

WARNA:

  • Merah : Melambangkan keberanian dan kemegahan

  • Kuning : Melambangkan kemuliaan diri, taat setia kepada Raja dan Negara.

  • Hijau : Melambangkan remaja dan keharmonian terjalin antara pelajar, guru dan anggota masyarakat berbilang kaum.

  • Putih : Melambangkan nilai murni, bersih, cekap dan amanah.

 

COGANKATA SEKOLAH

“BERILMU, BERINTEGRITI, BERJASA”

Bermaksud manusia yang berilmu hendaklah beramanah, berbakti kepada masyarakat.

 

bottom of page