top of page

HAL EHWAL MURID (HEM)

Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK Taman Sutera ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.

​

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya.

​

Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.

​

MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

​Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikir kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

​

OBJEAKTIF

1.  Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengrusan Hal Ehwal Murid.

​2.  Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat   

     sekolah.

3.  Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

PK HAL EHWAL MURID (HEM)

En Md Bahrin Ab Rahman

Kunjungi Kami di:
Jalan Pahlawan 4,

Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.

​smksutera@gmail.com
Tel: +607-556-7784
Fax: +607-557-0128

© 2005-2013 by SMK Taman Sutera.  

Penafian: SMK Taman Sutera tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

bottom of page