top of page

En Hamzah Osman

MURID PEND. KHAS

PK PENDIDIKAN KHAS

Program Integrasi Pendidikan Khas bagi murid murid istimewa bermasalah pendengaran telah ditubuhkan pada tahun 1979. Pada tahun 2005, keseluruhan program termasuk murid-murid, guru-guru serta peralatan fizikal program pendidikan khas ini telah berpindah ke lokasi sekarang iaitu di SMK Taman Sutera, Skudai, Johor Bahru.

​

Dalam pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum, bahasa isyarat komuniksi seluruh digunakan interaksi dan kominikasi dalam kalangan murid dan guru. Murid-murid pendidikan khas diwajibkan mengganggotai Badan Beruniform Pengakap, Kelab Tunas Harapan dan 1 sukan atau permainan untuk melatih murid berdisiplin, berdikari serta berkepimpinan. Murid pendidikan khas bergiat aktif dalam kokurikulum dan mereka telah mendapat pencapaian yang cemerlang di peringkat sekolah, mahupun di peringkat daerah, negeri, kebangsaan serta antarabangsa. 

​

Pada tahun 2007, program Transisi telah dijalankan dengan jayanya dan tahun ini 2013, program kemahiran kerja mula diperkenalkan dan dilaksanakan. Semua program yang dirancang dan dijalankan adalah semata-mata untuk membantu anak-anak murid kita berjaya dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kemahiran hidup.  

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENDENGARAN

bottom of page